Ringkas


Sekolah Menengah Tahfiz Harapan merupakan sebuah sekolah swasta yang beroperasi di Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Selangor sejak tahun 2001. Kami menawarkan sebuah sistem pendidikan bersepadu sekolah menengah di mana kami menerapkan pendidikan agama, tahfiz dan akademik kepada semua pelajar.



MATLAMAT KAMI

Menjadi sebuah institusi yang memenuhi keperluan pendidikan dan salah satu alternatif kepada pelajar untuk mendalami ilmu yang seimbang di antara mengejar kecemerlangan di dunia dengan beramal untuk akhirat.



Kelebihan Menuntut Ilmu

Antara kelebihan yang dijelaskan di dalam hadith Nabi SAW bagi orang-orang yang menuntut ilmu ini, kami ingin datangkan sebuah hadith yang panjang di dalam Sahih Muslim yang menceritakan di dalam sebahagian matannya akan kelebihan orang yang menuntut ilmu.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]

No comments:

Post a Comment

Maklumat lanjut hubungi :
03-3190 3917, 013-3090 353 atau email : smtharapan@yahoo.com
Lot 3611 Jalan Haji Damansor, Kampung Jenjarom, 42600 Jenjarom, Kuala Langat, Selangor.