Program Memasak Bubur Lambuk pada 13 Mac 2025, dari 8:30 hingga 11:30 pagi, dianjurkan bersama Pertubuhan PDK Rumah Sayangku dan Sekolah Menengah Tahfiz Harapan. Acara ini bertujuan mengeratkan hubungan komuniti dan memperkenalkan budaya tradisional melalui penyediaan bubur lambuk secara gotong-royong. Dengan semangat kebersamaan, peserta dan para pelajar berpeluang berkongsi ilmu dan pengalaman, sambil menjalin silaturahim yang lebih erat. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!
Thursday, 27 March 2025
Thursday, 14 March 2024
Thursday, 8 February 2024
Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2024
Tarikh : 8 Februari 2024
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SESI 2023/2024
SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ HARAPAN
Tahniah buat semua pelajar. Teruskan usaha. Semoga terus maju jaya
Tuesday, 6 February 2024
Thursday, 11 January 2024
Thursday, 4 January 2024
Wednesday, 27 December 2023
Kunjungan Mesra Prihatin
Tarikh : 27 Disember 2023, Rabu
Kunjungan Mesra Prihatin dan ESG dari BSO Selangor/Putrajaya (TNB)
Terima kasih kepada wakil dari BSO Selangor /Putrajaya, Encik Supian bin Mohd Ali, (Head of zone BSO Selangor /Putrajaya) telah memberikan sedikit sumbangan dan aktiviti penanaman pokok di Sekolah Menengah Tahfiz Harapan.
Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik kepada semua penyumbang. Semoga juga memberi manfaat kepada semua warga sekolah.
Thursday, 14 December 2023
Program Perkampungan Ilmu KAA SPM TAHUN 2023
Program Perkampungan Ilmu KAA bagi Calon SPM tahun 2023
Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat
Tarikh : 14-15 Disember 2023
Tempat : Kem Baitun Nur, Banting
Objektif Program :
- Meningkatkan kemahiran dan kecekapan menjawab peperiksaan untuk mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As Sunnah dan Bahasa Arab.
- Memberi pengetahuan tentang teknik yang perlu dimiliki oleh murid untuk cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As Sunnah dan Bahasa Arab.
- Memberi motivasi kepada murid sebelum peperiksaan berlangsung.